Disebalik angin yang kau hamparkan membawa sejuta maksud yang
mendalam..
Titisan embun bagaikan air mata
yang setiasa jatuh ke pipi..
Namun,angin ribut yang melanda bagaikan khabar pahit yang datang
menjemput diri ini..
Tidak disangka,tiang yang teguh tiba-tiba bergoyang akibat ribut
yang melanda..
Bintang dilangit yang indah kelihatan dengan kerlipannya
membuatku yakin,akan adanya kebahagiaan untuk kita..
Bulan peyeri malam membuat aku sentiasa tersenyum pabila aku
mengingati dirimu..
Matahari yang sentiasa memberi cahaya membuat aku tidak berputus
asa untuk tetap menjaga cinta ini..
Mengingati haiwan belangkas ciptaan Tuhan membuat hatiku
disantap kepiluan,.
Kerana rasanya hati ini sakit apabila terpaksa meninggalkanmu
tanpa aku relai..
Adakah engkau tahu..
Kasihku,cintaku,sayangku tidak akan pernah putus bagaikan air
yang mengalir ke lautan yang luas..
Mimpiku,ku kirimkan dengan luahan-luahan yang menunjukkan aku
amat mencintaimu..
Aku berharap,engkau dengar dan
dakap ia dihatimu selamanya..
Doaku untukmu sering ku dakap dihatiku agar ia sentiasa mekar
dan tidak akan pernah layu sehingga darahku terhenti mengalir disaat nafas
terakhirku tiada lagi untukmu rasai…….
0 comments:
Post a Comment