hye semua, sempena hari bapa ni lyana ada buat sajak sikit untuk semua bapa yang menyambut hari bapa tu diluar sana. Selain itu, sajak ni juga buat ayah lyana yang tercinta.. Dialah ayahku yang amat aku sayang…>>EN.ZUHARINI<<
Ayah…
Dirimu amat berharga bagiku,
Kau lah yang sering mencari rezeki aq,adik dan ibu,
Siang,malam,pagi,petang kau masih bekerja meskipun penat lesu,
kau tetap bekerja demi mencarinya untuk keluargamu…
Ayah…
Dimanaku berada ku tetap mengingatimu,
Disetiap masa hanya kau dihatiku,
kaulah pendomanku,
kaulah penasihatku,
tatkala aku kehilangan dan tak tahu dimanakah silapku…
Ayah…
Nasihatmu amat berharga,
segalanya amat bernilai pada suatu masa,
ini hanya kerana kamu ketua keluarga,
pemberi tauladan kepada nusa dan bangsa…
Ayah…
Maafkanlah dosa yang tidak terhingga,
mungkin ia tidak dan sengaja,
tapi sungguh,tiada niatku melakukannya,
kerana kau lah sebaik manusia…
pencari rezeki tanpa henti,
seorang penawar yang sentiasa mengerti,
membawa aku sentiasa di alam realiti,
hanya engkau AYAHku yang dikasihi…
*Kirimkanlah salammu buat ayahmu yang tercinta sebelum ia terlambat…*
0 comments:
Post a Comment