-->
skip to main | skip to sidebar
  • Home|
  • Contact|
  • RSS|

Lyana Zulieyana Official Blog

topbella

(!_!) DOSA SEORANG ANAK

Knpe duniaku tidak seindah mentari yang bersinar?
Kenapa duniaku tidak seindah bintang yang berkelipan?
Kenapa dunia ini tidak setenang air di laut?
Kenapa dunia ni seperti tmpt yang pling seksa buatku?
Kenapa duniaku begitu?
                                                
Ku juga mahukan dunia seindah syurga,
Ku juga mahukan dunia setenangnya air dilautan,
Ku juga mahukan dunia yang berseri seperti orang lain,
Ku mahukan dunia yang amat bermakna…

Mengapa perluku nangis tanpa kata didalam hati?
Mengapa perluku duka tanpa suara sendiri?
Mengapa perluku rasakan seksaan ini?
Ku buntu!
Ku sendiri tidak mengenali siapakah diri ini!



Ibuu…
Andai satu ketika Tuhan menjemputku pergi,
Bacalah nota ini,
Yang hanya tersingkap sebuah coretan dosa anakmu,
Ku mohon ampun,
Mungkin disini tidak dapat ku mencurah kasih,
Itu kerna ku tidak tahu bagaimana mencurahkan sayang,…

Ibuuu…
Jika satu hari ajalku sampai menjemputku,
Kumohon maaf,
Kerna aku menyakitimu,
Ku tidak bermaksud melakukan itu,
Kerna dihatiku cuma ada kamu,,,

Mungkin ibu lihat ia segalanya sebuah penipuan,
Tpi, diriku sendiri tidak mengerti bagaimanakah caranya untuk mencurahkan kasih,
Kerna bagimu diriku tidak membawa seribu erti,
Hanya anak yang tidak berguna,
Yang tak pantas dilahirkan…
Penyesalanmu membuat aku hidup dalam keraguan,
Mungkinkah duniaku tidak akan bersinar sampai bila-bila??

Dosa yang tidak pernahku hapuskan,
Dosa yang tidak dapat aku senaraikan,,
Sungguh banyak sampai berat dunia ini untuk menerimaku,
Sungguh kejinya diriku,
Kan ibu…


Ibu…
Terima kasih ye,
Kerana buat aku sentiasa menangis,
Jika tiada ibu,
Ku tidak dapat rasakan nikmat sebuah tangisan,
Ku tidak dapat rasakan sebuah tangisan ketika dilahirkan,
Sebuah tangisan kegembiraan,
Sebuah tangisan kesedihan mengharungi dugaan,
Sebuah tangisan tandanya penyesalan,
Sebuah tangisan yang akan membawaku mengiringiku semasa kematian…

Ibu,,
Ibu jangan nangis ye,
Kerana aku tidak tega melihatmu dalam kesedihan,
Biarlah ku hidup didalam penderitaan,
Tapi ku ta mahu kau merasakan nya bersama,
Kernaku tahu ia sungguh menyakitkan…

Ibu…
Dosa anak ibu banyakkan,
Banyakknya,sampai ibu tidak mahu memaafkan,
Ibu, ingat tak?
Ibu pernah kata aku anak derhaka,,
Ibu ingat kan,
Aku memang derhaka kan ibu?
Maafkan diriku ibu,,
Mungkin ibu tidak akan memaafkanku lagi,
Ibu…
Ibu ingat juga tak?
Ibu pernah kata ibu tidak akan pedulikan diriku lagi?
Ibu juga pernah kata ibu tidak akan mendoakan yang terbaik untuk anak ibu…

….kata-kata seorang ibu memang akan tertunai…
Adakah duniaku akan terus gelap ibu?
Ibu, bila aku na insaf?
YA ALLAH!
Sungguh kejinya aku!
Ingat padamu tapi tidak sujud dan memohon padamu!
Bongkaknya aku!
Banyaknya dosaku YA TUHAN!
Adakah selamanya ku akan begini Tuhanku?
Adakah selamanya ku hidup di dunia yang tiada ertinya,ibu??


Posted by Semanis OreoVanilla at 00:43

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Sila Like Jika Anda Suka, Jangan Lupa Temui Lyana Di Facebook Ye
Purple Lavender\Facebook/
Add Me

About Me

Semanis OreoVanilla
Hye.Owner name is Lyana.. Age.. 16 years old(2013).. Nice to meet you :D
View my complete profile

Hye,Welcome, namaku Lyana. Follow ye,untuk kebaikkan bersama,, huhu. Selamat Membaca! Saranghae

Join Jum

My Blog List

  • ❤Sihatimerahjambu❤
    Marhaban Ya Ramadan, Selamat Berpuasa
    2 weeks ago
  • http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/minidocomo/pic009demoji_11848475decoojp.gif ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    6 years ago
  • MEmorialISme_HOPE with Heartstrings
    Majlis Doa Selamat Qasyeh
    8 years ago
  • ! .. ✿Ɖαʏα Ƭнɛ Ƨιϰтн✿ .. !
    Korean Fashion :)
    14 years ago
  • ! ✿Beauty Heart's Writer ツ
  • !✿ ROCHELLE_SECRET ✿!
 


Lyana Zulieyana Official Blog© CopyRight by: Julia Lyana